Follow us

Malaysia Lancarkan Sukan SEA

Hadi Azmi
Kuala Lumpur
2017-08-22
E-mel
Komen
Share

Sukan Asia Tenggara Ke-29 sedang berlangsung di Malaysia dengan 11 negara bersaing dalam pelbagai acara sukan sehingga 31 Ogos ini.

Kira-kira 80,000 penonton yang membanjiri Stadium Nasional Malaysia di Kuala Lumpur pada Sabtu, walaupun hujan lebat, disajikan dengan persembahan gemilang cahaya dan kebudayaan pada upacara perasmian temasya itu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Muhammad V.

"Tema Sukan SEA 'Bangkit Bersama' menandakan kematangan Asia Tenggara sebagai sebuah komuniti," kata jawatankuasa penganjur Kuala Lumpur 2017 dalam satu kenyataan. "Rantau ini telah melangkah jauh dalam memeta namanya di peringkat global dan ini adalah masanya untuk kita bersama-sama melakar bab seterusnya dalam perjalanan kolektif kita untuk mencapai keamanan, kemajuan, dan kemakmuran."

Para pegawai Malaysia turut meningkatkan tahap keselamatan dengan melakukan sekurang-kurangnya empat latihan dan tiga serbuan pada minggu-minggu menjelang temasya itu. Lebih daripada 10,000 anggota polis bertugas di semua venue temasya dan mercu tanda di Kuala Lumpur.

Komen (0)
Share
Lihat Laman Penuh