Masyarakat Tionghua Malaysia Bersiap Menyambut Tahun Anjing
2018.02.14
Kuala Lumpur
Di Kuala Lumpur dan negeri lain di Malaysia, masyarakat Tionghua telah bersedia untuk menyambut kehadiran Tahun Anjing.
Jumaat ini menandakan permulaan Tahun Baru Cina, yang menyaksikan bulan baru kedua selepas solstis musim sejuk. Masyarakat Cina di Malaysia, yang mewakili kira-kira satu perempat daripada 28.3 juta penduduk negara itu, menurut statistik kerajaan, akan mengucapkan selamat tinggal kepada Tahun Ayam yang disambut pada 2017.
Perayaan Tahun Baru Cina itu juga disambut di Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Asia Tenggara yang lain, yang mempunyai bilangan komuniti masyarakat Cina yang besar.
Tidak seperti Jan. 1, Tahun Baru Cina bertembung dengan permulaan musim bunga dan boleh jatuh pada bila-bila masa antara 21 Januari dan 20 Februari, bergantung kepada musim selestial. Anjing dan ayam jantan adalah antara sedozen haiwan dalam zodiak Cina yang digunakan untuk mewakili tahun-tahun yang berbeza. Tahun depan adalah Tahun Babi.
Tradisi menyambut Tahun Baru Cina adalah seperti menyembunyikan berus dan penyapu, membayar hutang, membuat perdamaian dengan mereka yang terdekat. Barang istimewa yang akan dibeli termasuk sampul wang berwarna merah, buah oren dan bunga bersama dengan pakaian dan kasut baru.