Wesak Disambut dengan Pelbagai Acara Keagamaan dan Penghormatan

S. Mahfuz
2018.05.30
Kuala Lumpur, Malaysia
180530-my-wesak001.jpg

Para penganut Buddha berdoa sempena Hari Wesak di Tokong Maha Vihara Buddha, Brickfields di Kuala Lumpur, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180530-my-wesak002.jpg

Seorang bapa dengan bayinya berdoa sempena Hari Wesak di Tokong Maha Vihara Buddha, Brickfields di Kuala Lumpur, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180530-my-wesak003.jpg

Seorang budak perempuan meletakkan duit syiling pada patung keemasan Buddha sebagai simbol memohon keberkatan sempena Hari Wesak di Tokong Buddha Chetawan di Petaling Jaya, Selangor, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180530-my-wesak004.jpg

Beberapa orang wanita berdoa sambil menegang colok sebagai simbol memohon keberkatan sempena Hari Wesak di Tokong Maha Vihara Buddha, Brickfields di Kuala Lumpur, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180530-my-wesak005.jpg

Para penganut Buddha menyertai perarakan Hari Wesak di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur anjuran Tokong Maha Vihara Buddha, Kuala Lumpur, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180530-my-wesak006.jpg

Para penganut Buddha berdoa di hadapan seorang sami sebagai simbol memohon keberkatan sempena Hari Wesak di Tokong Maha Vihara Buddha, Brickfields di Kuala Lumpur, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180530-my-wesak007.jpg

Seorang wanita berdoa bagi memohon keberkatan sempena Hari Wesak di Tokong Maha Vihara Buddha Brickfields di Kuala Lumpur, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180530-my-wesak008.jpg

Berlatarkan bangunan KLCC, para penganut Buddha menyertai perarakan Hari Wesak di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Tokong Buddha Maha Vihara di Kuala Lumpur, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

180530-my-wesak009.jpg

Para penganut Buddha berdoa bagi memohon keberkatan sempena Hari Wesak di Tokong Maha Vihara Buddha, Brickfields di Kuala Lumpur, 29 Mei 2018. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Wesak, atau mengikut nama Sanskrit dalam tradisi Buddha Mahayana, sebagai Wesakha, secara tidak rasmi dirujuk sebagai 'Hari Kelahiran Buddha', yang disambut dengan penuh acara keagamaan serta penghormatan terhadap kelahiran, pencerahan serta kematian Siddhartha Gautama Buddha.

Hari istimewa bagi penganut Buddha itu disambut setiap tahun iaitu ketika bulan purnama pada Mei atau Jun bukan saja di Malaysia tetapi di Sri Lanka, Nepal, India, Bangladesh dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Myanmar, Laos, Kamboja, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Di Malaysia, Hari Wesak merupakan satu perayaan yang mendapat cuti umum negara sejak merdeka lagi. Penganut agama Buddha mengambil kesempatan pada hari berkenaan untuk mengunjungi kuil-kuil memohon pelbagai keberkatan hidup, memohon negara sentiasa aman damai selain turut menderma kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.