‘Busking’, Sara Keluarga Pasangan Suami Isteri Cacat Penglihatan

S. Mahfuz
2019.05.20
Kuala Lumpur, Malaysia
190520-MY-SS-Busking01.jpg

Penyanyi jalanan, pasangan suami isteri Mohd Mazwan Mohd Shukri, 34, dan isterinya Khairul Anisa Shamsuddin, 30, yang cacat penglihatan sedang membuat persembahan berhampiran stesen monorail Bukit Bintang di Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190520-MY-SS-Busking02.jpg

Mazwan dan Khairul Anisa semasa sedang membuat persembahan bersama kumpulannya - Wanis Busker - di hadapan pusat membeli belah Sogo di Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190520-MY-SS-Busking03.jpg

Buta penglihatan tidak menghalang Mazwan, 34 melakukan persiapan akhir sebelum kumpulan Wanis Buskernya membuat persembahan di hadapan pusat membeli belah Sogo di Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190520-MY-SS-Busking04.jpg

Mazwan dan anggota kumpuan Wanis Busker sedang membuat persiapan sebelum memulakan persembahan ‘busking’ mereka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190520-MY-SS-Busking05.jpg

Hadapan pusat membeli belah Sogo dipenuhi dengan pengunjung yang sedang menantikan persembahan penyanyi jalanan mengikut jadual yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190530-MY-SS-Busking06.jpg

Pembantu kumpulan Wanis Busker bersama uncang untuk mengutip wang yang diberikan mengikut keikhlasan penonton selepas mendengar persembahan kumpulan itu di hadapan pusat membeli belah Sogo di Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190530-MY-SS-Busking07.jpg

Bukit Bintang yang terletak ditengah kesibukan ibunegara merupakan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong diman Wanis Busker sering membuat persembahan mereka mengikut jadual yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190520-MY-SS-Busking08.jpg

Orang ramai yang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing sedang menonton persembahan kumpulan Wanis Busker di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190520-MY-SS-Busking09.jpg

Anak bongsu pasangan cacat penglihatan itu sedang menunggu kedua ibu dan bapanya pulang daripada membuat persembahan di sebuah flat satu bilik milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mampu disewa penyanyi jalanan itu, di Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190520-MY-SS-Busking10.jpg

Mazwan dan isteri sedang berbual mesra dengan dua anak perempuannya semasa waktu lapang di rumah flat satu bilik yang disewa daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 2 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Cacat penglihatan pasangan suami isteri Mohd Mazwan Mohd Shukri dan Khairul Anisa Shamsuddin bukanlah penyebab untuk tidak boleh membesarkan dua anak mereka tetapi kekurangan itu digunakan untuk mencari sesuap nasi bagi keluarga.

Pasangan itu menyara keluarga mereka dengan menjadi penyanyi jalanan sejak lima tahun lepas menerusi kumpulan yang dinamakan Wanis Busker.

Kumpulan Wanis Buskes yang diketuai Mazwan, 34 yang juga penyanyi utama bersama isterinya Khairul Anisa, 30 membuat persembahan bersama tiga lagi anggota lain iaitu seorang pemain guitar, bes dan drum di sekitar kawasan tarikan pelancong seperti di Bukit Bintang dan Sogo di Kuala Lumpur.

Mazwan menghadapi masalah penglihatannya ketika berusia 2 tahun dan buta sepenuhnya pada umur 12 tahun, manakala isterinya, buta sejak dilahirkan.

Berbekalkan kelebihan dalam nyanyian, Mazwan serta kumpulannya sering dijemput membuat persembahan di majlis korporat dan rasmi kerajaan, di mana beliau turut melahirkan sedikit keluhan kerana merasa dianaktirikan apabila menerima upah berbeza daripada penyanyi jalanan yang celik penglihatan.

“Seperti ada diskriminasi terhadap penyanyi jalanan buta seperti kami, yang celik dibayar hampir 10 ribu ringgit untuk satu persembahan dan kami yang buta hanya 5 ribu ringgit,” kata Mazwan kepada BeritaBenar baru-baru ini.

Mazwan juga memaklumkan yang beliau serta kumpulannya perlu mendapatkan kebenaran dan permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur [DBKL] terlebih dahulu, sebelum boleh membuat persembahan di sesuatu tempat.

“Jadual, masa serta peraturan ditetapkan oleh DBKL dan bagi setiap sesi ‘busking’ adalah selama 2 jam dengan 3 kali persembahan dalam tempoh seminggu.

“Masalah kami sekarang ini, ialah jumlah kutipan yang semakin berkurangan. Dulu kami boleh mendapat 1,000 ringgit tetapi sekarang hanya 500 ringgit yang perlu dibahagi kepada 5 orang,” tambah Mazwan lagi.

Mazwan dan isterinya dikurniakan anak dua orang anak perempuan yang masing-masing berusia 12 dan 7 tahun serta sihat penglihatan.

Lelaki cacat penglihatan itu turut menyatakan kesyukurannya kerana menerima elaun Orang Kurang Upaya sebanyak 400 ringgit sebulan dari kerajaan, yang disifatkan sangat membantu dalam persekolahan anak-anaknya.

Bagi Saharuddin Ahmad, 31 yang suka menyaksikan kumpulan Wanis Buker membuat persembahan berkata, “Kumpulan Wanis Busker sangat bagus terutamanya semasa membawa lagu genre Rock. Saya dan isteri suka lepak di Kuala Lumpur pada hujung minggu, semata mahu melihat Wanis Busker buat persembahan.”

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.