Malaysia Dijangka Lanjutkan Perkhidmatan Hospital Medan di Bangladesh

Kamran Reza Chowdhury
2018.02.02
Cox's Bazar, Bangladesh
180202-MY-BD-Rohingya-SS-01.jpg

Seorang lelaki Rohingya memegang anak perempuannya di hospital medan Malaysia di sebuah kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh, 26 Jan, 2018. [Kamran Reza Chowdhury / BeritaBenar]

180202-MY-BD-Rohingya-SS-02.jpg

Seorang juruteknik perubatan berjalan berhampiran hospital medan Malaysia di Cox's Bazar Bangladesh, 26 Jan, 2018. [Kamran Reza Chowdhury / BeritaBenar]

180202-MY-BD-Rohingya-SS-03.jpg

Papan tanda yang menunjukkan lokasi hospital medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, 26 Jan, 2018. [Kamran Reza Chowdhury/BeritaBenar]

180202-MY-BD-Rohingya-SS-04.jpg

Doktor dan petugas perubatan bersedia untuk memberikan rawatan kepada pesakit Rohingya di dalam hospital medan Malaysia di kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh, 27 Jan, 2018. [Kamran Reza Chowdhury/BeritaBenar]

180202-MY-BD-Rohingya-SS-06.jpg

Para pesakit sedang menunggu di luar hospital medan Malaysia di kem pelarian di Cox's Bazar, Bangladesh, 27 Jan, 2018. [Kamran Reza Chowdhury/BeritaBenar]

180202-MY-BD-Rohingya-SS-07.jpg

Selepas menerima "token", pesakit terus ke kawasan menunggu di hospital medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, 27 Jan, 2018. [Kamran Reza Chowdhury/BeritaBenar]

180202-MY-BD-Rohingya-SS-05.jpg

Seorang budak lelaki Rohingya menerima rawatan di unit penjagaan intensif di hospital medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, 27 Jan, 2018. [Kamran Reza Chowdhury/BeritaBenar]

180202-MY-BD-Rohingya-SS-08.jpg

Seorang pembantu Rohingya mengarahkan pesakit ke hospital medan Malaysia di Cox's Bazar, Bangladesh, 27 Jan, 2018. [Kamran Reza Chowdhury/BeritaBenar]

Malaysia dijangka melanjutkan perkhidmatan hospital medannya di wilayah tenggara Bangladesh, yang menempatkan hampir 700,000 Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar sejak akhir Ogos 2017, kata para pegawai.

Hospital serba lengkap itu, yang mempunyai sebuah ambulans, unit penjagaan intensif dan bilik sinar-X, telah merawat hampir 4,400 pesakit sejak ia mula menyediakan perkhidmatan itu pada November lalu, kata ketua pasukan hospital tersebut Dr Fatahul Laham Mohamed.

"Fasa pertama operasi hospital ini sepatutnya berakhir pada 17 Feb ini. Tetapi, saya yakin perdana menteri mungkin melanjutkan perkhidmatannya," kata Dr Fatahul Laham kepada BeritaBenar, merujuk kepada pemimpin Malaysia, Najib Razak. "Ia akan diumumkan tidak lama lagi."

Anggota-anggota Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia membangunkan  hospital itu di Cox's Bazar, yang menyaksikan kebanjiran secara besar-besaran pelarian dari negara jiran, Myanmar, sejak 25 Ogos 2017, apabila penduduk Rohingya terpaksa meninggalkan kediaman mereka kerana melarikan diri daripada tindakan keras tentera Myanmar dan kumpulan penjaga penganut Buddha.

Tentera Myanmar melakukan serangan balas, yang digambarkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai "contoh buku teks mengenai pembersihan etnik," selepas pemberontak Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA) menyerang pos-pos polis dan tentera di negeri Rakhine.

Myanmar, yang mempunyai majoriti penganut Buddha, tidak mengiktiraf Rohingya sebagai satu daripada kumpulan etnik rasmi negara itu. Ia telah menafikan kerakyatan kumpulan berkenaan di Myanmar sejak 1982, dengan menjadikan mereka penduduk tanpa negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, lebih daripada 24 doktor pakar, jururawat dan pembantu perubatan telah ditugaskan di hospital medan itu, yang mempunyai kapasiti maksimum 100 katil. Ia juga memberi perkhidmatan kepada rakyat Bangladesh yang tinggal berhampiran kem pelarian, kata para pegawai.

Malaysia membelanjakan kira-kira RM3.5 juta (kira-kira $900,000) untuk membangunkan hospital itu, yang turut dibiayai oleh Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.