Follow us

Malaysia dan Bangladesh Terima Perlantikan Kardinal Pertama

Suman Vasu & Kamran Reza Chowdhury
Kuala Lumpur & Dhaka
2016-11-23
E-mel
Komen
Share

Buat pertama kalinya dalam sejarah, dua Ketua Biskop dari dua negara yang majoriti penduduknya beragama Islam telah dilantik sebagai Kardinal oleh Pope Francis.

Pelantikan Ketua Biskop Emeritus Kuala Lumpur Anthony Soter Fernandez dan Ketua Biskop Bengali Patrick D'Rozario dari Dhaka merupakan kenaikan pangkat kepada kedudukan kedua tertinggi dalam hirarki Roman Katolik.

Pada Oktober lepas, Ketua Roman Katolik, Pope Francis telah melantik seramai 17 kardinal termasuk 11 Kardinal baru;  jawatan yang pertama bagi negara mereka.

Ketua Bishop Fernandez yang dilahirkan pada 22 April 1932, memulakan kerja-kerja dakwah beliau sejak 50 tahun lepas. Beliau telah dilantik sebagai Bishop pada 17 Februari 1978 dan kemudian dinaikan pangkat  sebagai Ketua Bishop Agung Kuala Lumpur pada 10 November 1983. Selepas berkhidmat sebagai Ketua Bishop Kuala Lumpur selama 20 tahun, beliau bersara pada usia 71 pada 24 Mei 2003.

Sementara itu, Kardinal pertama di kalangan masyarakat Bengali,  Patrick D'Rozario yang dilahirkan pada 1 Oktober 1943, di sebuah kampung yang dikenali sebagai Padrishibpur di daerah Barisal menceburi diri dalam kerja-kerja dakwahnya sejak 10 Okt 1971.

Pada 19 Nov Pope Francis secara rasmi melantik  17 kardinal baru di Vatican City.

Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan, yang mewakili kawasan Parlimen Tejgaon di Dahka, di mana terdapat ramai orang beragama Kristian, memberitahu BeritaBenar bahawa pelantikan Kardinal pertama negara itu telah mengharumkan nama Bangladesh di kalangan masyarakat antarabangsa.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan beliau yang selalu mencadangkan cara-cara untuk mengekalkan keharmonian kaum di Bangladesh, " kata Asaduzzaman.

Mathew Biswas, seorang ahli perniagaan bagi daerah Barisal memberitahu BeritaBenar,  "Siri terbaru serangan militan di Bangladesh telah melahirkan kebimbangan dan ketakutan untuk memperkenalkan diri sebagai penganut agama Kristian di negara itu, tetapi pelantikan Kardinal itu telah kembalikan keyakinan dan kebanggaan sebagai orang Kristian di kalangan berjuta-juta saudara Islam Bangladesh ".

Perdana Menteri Malaysia Najib Razak yang mengucapkan tahniah kepada Anthony atas pelantikannya itu berkata dalam catatan Twitternya, "Pelantikan Ketua Biskop Fernandez adalah penghormatan besar buat Malaysia dan pengiktirafan kepada masyarakat pelbagai budaya kita,"

Komen (0)
Share
Lihat Laman Penuh