Tarian Naga dan Singa: Tradisi Hias Perkakasan Diteruskan

S. Mahfuz
2020.01.23
Kuala Lumpur, Malaysia
200123-MY-SS-KepalaNaga01.jpg

Seorang pekerja menyusun kepala singa mengikut proses pembuatan dari bentuk kerangka buluh sehingga kepala yang telah siap dibungkus untuk penghantaran di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga02.jpg

Pekerja menyapu lukisan yang telah siap dengan larutan lakuer/syelek agar cat dan warna kepala singa tahan lebih lama serta tidak pudar di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga03.jpg

Seorang pekerja sedang membentuk rotan dan mengikatnya menggunakan pita pelekat untuk membetuk kerangka utama kepala singa di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga04.jpg

Seorang penyelia sedang meneliti kualiti kerangka kepala singa sebelum pekerja boleh menampal kertas putih dan meneruskan proses seterusnya di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga05.jpg

Seorang pekerja sedang menampal kertas putih menggunakan gam sebelum menampalnya dengan kertas warna mengikut tempahan pelanggan di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga06.jpg

Pekerja sedang menampal kepala singa dengan kertas warna mengikut pilihan pelanggan di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga07.jpg

Pekerja sedang melukis kepala singa dengan pelbagai corak mengikut pilihan pelanggan di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga08.jpg

Pekerja menyapu lukisan yang telah siap dengan larutan lakuer/syelek agar cat dan warna kepala singa tahan lebih lama serta tidak pudar di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga09.jpg

Suasana di sebuah kedai yang mahu menyiapkan kepala naga dan singa yang ditempah pelanggan di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga10.jpg

Kepala singa yang telah siap digantung dengan pekerja ada yang sedang berehat atau meneruskan kerja mereka menyiapkan kepala naga dan singa di sebuah kedai di Subang, Selangor, 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

200123-MY-SS-KepalaNaga11.jpg

Pekerja sedang membungkus kepala singa yang telah siap untuk dihantar kepada pelanggan di sebuah kedai di Subang, Selangor pada 23 Januari, 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Elemen penting dalam tarian naga dan singa adalah kepalanya dan tanpa tarian itu bermakna tidak meriahlah sambutan Tahun Baru Cina yang dirayakan oleh masyarakat Tionghua bukan saja di Malaysia tetapi di Asia.

Anak muda yang mahir dengan tarian berkenaan akan berpakaian menyerupai singa lengkap dengan kepalanya yang akan menjadi perhatian utama semasa persembahan dibuat.

Kepala naga atau singa itu akan dilukis dan dihias cantik dengan penari akan memegangnya semasa membuat persembahan mereka yang dibuat secara pasangan atau kumpulan.

Siew Ho Phiew, 64 seorang lelaki berbangsa Tionghua dari Subang, Selangor adalah seorang pakar dalam membuat kepala singa dan naga untuk kostum bagi penari tarian tersebut.

Beliau yang mengasaskan Wan Seng Hang Dragon & Lion Arts, sebuah kedai yang membuat kepala singa sejak 34 tahun lepas, mempelajari kemahiran itu selama tiga tahun sebelum membuka perniagaannya itu.

“Saya mempelajari tarian singa aliran Fuo Shan melalui dua guru dan seterusnya tarian singa aliran He Shan Sar Ping daripada Guru Chen Xiao Qi sebelum tertarik mendalami kemahiran membuat kepala singa dan naga.

“Peluang mempelajari tarian itu juga membuka ruang kepada saya untuk mendalami kemahiran dengan lebih baik dalam menghasilkan kepala singa dan naga ke tahap yang lebih tinggi.” kata Siew kepada BeritaBenar.  

Penghasilan kepala naga dan singa yang perlu melalui proses rumit itu dibuat berdasarkan kepada pemintaan pelanggan yang perlu membayar antara RM1,000 hingga ke RM4,000.

Kepala naga dan singa itu memerlukan tempoh masa selama seminggu untuk menyiapkan satu  kepala dan perbezaan antara kepala naga dan singa ini dapat dilihat melalui tanduk, mulut dan keseluruhan bentuk kepalanya.

Kedai Siew menghasilkan dua jenis kepala singa iaitu Fut San dan Hok San yang mana kedua-duanya berasal daripada wilayah Guangdong di selatan China.

“Saya tidak khuatir ilmu menghasilkan kepala singa ini akan hilang. Ini bukan sesuatu ilmu yang baru. Ianya telah berkembang dan diamalkan sejak ribuan tahun. Saya percaya jika ia adalah seni yang baik dan bagus maka akan sentiasa ada yang mahu untuk belajar mendalami ilmu membuat kepala naga dan singa ini,” tambah Siew yang mengendalikan kedai tersebut dengan bantuan enam pekerja.

Masyarakat Cina di Malaysia merupakan antara etnik terbesar di negara ini, selepas Melayu dengan populasi penduduk berjumlah lebih 32 juta orang.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.