Kepelbagaian Etnik, Budaya Malaysia Melalui Teknologi Pemetaan Pencahayaan Seni

Arief Rahmat & S. Mahfuz
2019.12.30
Putrajaya, Malaysia
191230-MY-SS-Lighting01.jpg

Bangunan Istana Keadilan bermandikan dengan teknologi terkini pemetaan pencahayaan seni penceritaan dengan berlatar kehidupan yang diterangi cahaya warna-warni serta pengimejan berbunyi di Festival Light & Motion (LAMPU 2019) di Putrajaya, 30 Disember 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

191230-MY-SS-Lighting04.jpg

Wayang Kulit, Kuda Kepang dan rebana adalah antara objek yang diterangi cahaya lampu pada Festival Light & Motion (LAMPU 2019) di Putrajaya, 30 Disember 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

191230-MY-SS-Lighting03.jpg

Bangunan Istana Keadilan bermandikan dengan teknologi terkini pemetaan pencahayaan seni penceritaan dengan berlatar kehidupan yang diterangi cahaya warna-warni serta pengimejan berbunyi di Festival Light & Motion (LAMPU 2019) di Putrajaya, 30 Disember 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

191230-MY-SS-Lighting02.jpg

Replika burung kenyalang dan sape, alat muzik Sarawak adalah antara yang diterangi dengan cahaya lampu pada Festival Light & Motion (LAMPU 2019) di Putrajaya, 30 Disember 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

191230-MY-SS-Lighting05.jpg

Beberapa buah struktur diterangi cahaya lampu pelbagai warna dapat dilihat pada Festival Light & Motion (LAMPU 2019) di Putrajaya, 30 Disember 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

191230-MY-SS-Lighting06.jpg

Karektor kartun yang diterangi cahaya lampu pelbagai warna turut dipamerkan di Festival Light & Motion (LAMPU 2019) di Putrajaya, 30 Disember 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

191230-MY-SS-Lighting07.jpg

Orang ramai mengambil kesempatan untuk bergambar dibawah sinaran lampu warna warni di Festival Light & Motion (LAMPU 2019) di Putrajaya, 30 Disember 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

191230-MY-SS-Lighting08.jpg

Seorang kanak-kanak bersama beberapa balon yang diterangi oleh cahaya lampu di Festival Light & Motion (LAMPU 2019) di Putrajaya, 30 Disember 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

Menggunakan teknologi canggih, Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU 2019) kembali untuk tahun ketujuh yang membawa persembahan pemetaan pencahayaan dengan unjuran yang menakjubkan, iaitu kesan imej dam multimedia yang menarik serta yang meriah menggunakan  teknologi pemetaan pencahayaan seni terkini.

Pada tahun ini, LAMPU 2019 menonjolkan pencahayaan seni etnik dan budaya Malaysia dengan tema "Kepelbagaian Malaysia", festival yang bermula pada Isnin berlangsung selama dua hari itu bertujuan untuk mempromosikan kepelbagaian bangsa yang mencerminkan identiti negara Malaysia.

Festival LAMPU 2019 telah menjadi acara akhir tahun sejak tujuh tahun berturut-turut mempunyai tarikan utama apabila bangunan Istana Keadilan di Putrajaya bermandikan dengan teknologi terkini pemetaan pencahayaan seni penceritaan dengan berlatar kehidupan yang diterangi cahaya warna-warni serta pengimejan berbunyi.

Beberapa lagi tarikan turut ditampilkan termasuk 'Planetarium 360', pameran wayang kulit, hologram, pokok berwarna-warni, beca bertenaga pedal dan seni jalanan.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.