Follow us

Semakin Hampir PRU14, Semakin Rancak Perang Bendera Parti-Parti Politik

S. Mahfuz
Kuala Lumpur, Malaysia
2018-04-20
E-mel
Komen
Share

Jalan-jalan di Kuala Lumpur serta di bandaraya dan bandar lain di Malaysia kini berpesta dengan kibaran bendera parti-parti politik yang pelbagai warna menjelangnya pilihan raya umum ke-14 bulan depan.

Kempen rasmi hanya akan bermula pada 28 April ini namun,  pelbagai parti dan gabungan parti yang bersaing merebut 222 kerusi parlimen dan kerusi di 12 dewan undangan negeri kini bertempur visual apabila masing-masing gah mempamerkan bendera dan simbol parti-parti mereka.

Semua parti yang bertanding pantas menggantung bendera dan memaparkan simbol-simbol parti mereka di sepanjang jalan raya dan tempat-tempat strategik lain dalam usaha menarik perhatian pengundi.

Hampir 15 juta rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada pilihan raya umum itu 9 Mei ini.

Lihat Laman Penuh