Follow us

Umat Islam Serantau Jalani Ibadah Ramadan

Staf BeritaBenar
2016-06-07
E-mel
Komen
Share

Berjuta-juta umat Islam di Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Thailand akan menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan apabila mereka meraikan ketibaan bulan suci Ramadan.

Ibadah puasa itu terkandung di dalam kalendar lunar dan menandakan bulan yang kesembilan di dalam tahun Islam, sebagai memperingati wahyu pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad.

Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo menulis tweet mengenai harapannya agar berpuasa di bulan Ramadan akan "memperkukuhkan lagi iman dan ketakwaan rohani kita."

Di Malaysia, Presiden PAS, sebuah parti politik Islam, Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam supaya kembali kepada sejarah bagi melihat tentang pentingnya bulan mulia itu.

Aidil Fitri menandakan berakhirnya Ramadan. Umat Islam daripada segenap lapisan masyarakat akan membeli pakaian baru untuk meraikannya, dan menunaikan solat sunat khas pada paginya.

Kaum wanitanya pula akan memasak hidangan istimewa untuk saudara-mara, jiran-jiran, rakan-rakan serta tetamu.

Komen (0)
Share
Lihat Laman Penuh