Umat Islam Asia Sambut Ramadan Dengan Berpuasa dan Solat

Staf BeritaBenar
2017.05.30
170530-SEA-SA-ramadan2.jpg

Melihat anak bulan sebelum bermulanya Ramadan di wilayah Yala, Thailand, 26 Mei 2017. (Mariyam Ahmad/BeritaBenar)

170530-SEA-SA-ramadan1.jpg

Wanita Islam menunaikan solat Tarawih di Masjid Besar Padang, di wilayah Sumatera Barat, Indonesia, 26 Mei, 2017. (M.Sulthan Azzam/BeritaBenar)

170530-SEA-SA-ramadan3.jpg

Seorang lelaki membaca surah Yassin sebelum berbuka puasa di Masjid Jama di New Delhi, India, 29 Mei 2017. (Kshitij Nagar/BeritaBenar)

170530-SEA-SA-ramadan4.jpg

Seorang lelaki sedang bersolat di Masjid Negara di Kuala Lumpur, 28 Mei, 2017. (HadiAzmi/BeritaBenar)

170530-SEA-SA-ramadan5.jpg

Kaum lelaki sedang menunaikan solat di sebuah masjid di Dhaka, Bangladesh, 27 Mei 2017. (Star Mail)

170530-SEA-SA-ramadan6.JPG

Ribuan menghadiri perhimpunan lampu suluh untuk menyambut bulan suci Ramadan di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia, 24 Mei 2017. (Keisyah Aprilia / BenarNews)

170530-SEA-SA-ramadan8.jpg

Umat Islam di India di Kompleks Jama Masjid di New Delhi selepas solat, May 29, 2017. (Kshitij Nagar/BeritaBenar)

170530-SEA-SA-ramadan9.jpg

Hujan lebat tidak menghalang pelanggan daripada membeli makanan di Bazar Ramadan di Kuala Lumpur, 28 Mei, 2017. (Hadi Azmi/BeritaBenar)

170530-SEA-SA-ramadan10.jpg

Ramai membeli-belah juadah Ramadan di pasar Balae-Hile di daerah Maung, wilayah Narathiwat, Thailand, 26 Mei 2017. (BeritaBenar/Rapee Mama)

170530-SEA-SA-ramadan11.jpg

Pelanggan berpusu-pusu di Chawkbazar di Dhaka lama, membeli sajian untuk berbuka puasa, 28 Mei, 2017. (Star Mail)

170530-SEA-SA-ramadan12.jpg

Seorang lelaki menyediakan juadah untuk berbuka puasa di sebuah pusat pemindahan di Pantar, sebuah bandar berhampiran Marawi, di selatan Filipina, di mana beribu-ribu penduduk dipindahkan di tengah-tengah pertempuran sengit yang tercetus antara militan Negera Islam dan tentera kerajaan, 27 Mei 2017. (Mark Navales/BeritaBenar)

170530-SEA-SA-ramadan13.jpg

Kaum keluarga menikmati juadah ketika berbuka puasa di Masjid Jama di New Delhi, India, 29 Mei, 2017. (Kshitij Nagar/BeritaBenar)

Beratus juta umat Islam di Indonesia, India, Bangladesh, Malaysia, Filipina dan Thailand pada hujung minggu lalu menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan menjalankan ibadat berpuasa, salah satu rukun Islam.

Sepanjang waktu siang dalam tempoh 30 hari, mereka antara lain, menahan diri dari makan dan minum. Ramai umat Islam di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara menyambut hari pertama berpuasa pada Sabtu dengan mula bersolat Tarawih pada malam sebelumnya iaitu Jumaat.

Ramadan dalam kalendar Hijrah adalah bulan yang kesembilan bagi tahun Islam. Bulan memperingati turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.