Puasa, Terawih Tanda Tibanya Ramadan

Staf BeritaBenar
2019.05.06
190506-MY-SS-Ramadan01-620.jpg

Pegawai Jabatan Agama Islam di Putrajaya, Malaysia, menggunakan alat pengukur optikal untuk menentukan kemunculan anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan bulan Ramadan, 5 Mei, 2019. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan04.docx.jpg

Masyarakat Islam Thailand hadir untuk melihat anak bulan Ramadan bagi penetapan bermulanya puasa di Pattani, Thailand, 6 Mei 2019. [Mariyam Ahmad/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan05.jpg

Keluarga Islam melawat kubur sanak saudara sambil berdoa di Tanah Perkuburan Karet, Jakarta yang menjadi sebahagian daripada tradisi di Indonesia menjelang Ramadan, 5 Mei, 2019. [Afriadi Hikmal/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan06.jpg

Dua lelaki muslim sedang membersihkan Masjid Negara Baitul Mukarram di Dhaka, Bangladesh sebagai persediaan untuk solat Terawih, 6 Mei, 2019. [Megh Monir/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan03-620.jpg

Lelaki dan kanak-kanak Muslim, termasuk kerusi roda sedang menunaikan solat Terawih pada malam pertama di bulan Ramadan di Masjid Sultan Zainal Abidin di Putrajaya, Malaysia, 5 Mei, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan07.jpg

Wanita dan kanak-kanak perempuan Muslim sedang menunuaikan Solat Terawih di Masjid Istiqlal di Jakarta, 5 Mei, 2019. [Afriadi Hikmal/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan08.jpg

Seorang kanak-kanak Islam Bangladesh sedang menunaikan solat di Masjid Negara Baitul Mukarram di Dhaka, 6 Mei, 2019. [Megh Monir/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan09.jpg

Seorang kanak-kanak lelaki sedang tidur semasa ibunya bersama ratusan lagi umat Islam menunaikan Solat Terawih di Masjid Raya Baiturraham di Banda Aceh, Indonesia, 5 Mei, 2019. [Nurdin Hasan/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan10.jpg

Lelaki Muslim Bangladesh sedang melihat untuk membeli Kurma dan buah-buahan lain dari penjaja jalanan di Dhaka untuk dinikmati semasa waktu berbuka puasa pada waktu matahari terbenam, 6 Mei 2019. [Megh Monir/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan11.jpg

Pelanggan membeli pelbagai juadah berbuka puasa di Pasar Malehheeleh di Narathiwat, wilayah selatan Thailand, 6 Mei, 2019. [Matahari Ismail/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan12.jpg

Warga Muslim Filipina sedang menunaikan Solat Terawih pada malam pertama menyambut Ramadan di Bandar Datu Saudi Ampatuan di Maguindanao, Filipina, 5 Mei, 2019. [Jeoffrey Maitem/BeritaBenar]

190506-MY-SS-Ramadan13.jpg

Lelaki Muslim Filipina berjalan memasuki sebuah masjid di Bandar Datu Saudi-Ampatuan di Maguindanao, Filipina, 5 Mei 2019. [Jeoffrey Maitem/BeritaBenar]

Beratus-ratus juta umat Islam di Indonesia, Malaysia, Filipina, Bangladesh dan Thailand menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan solat Terawih pada malam Ahad diikuti dengan berpuasa di siang hari pada Isnin sepanjang sebulan sehingga 4 Jun depan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri pada 1 Syawal.

Ramadan, yang bersamaan dengan kalender lunar, adalah bulan kesembilan dalam tahun Islam. Bulan itu memperingati saat al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad.

Selain solat dan berpuasa, di mana mereka menahan diri dari makan, minum dan merokok pada waktu siang, umat Islam juga akan membaca Al-Quran untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selepas matahari terbenam, penganut agama Islam akan berbuka puasa dengan mula menjamah kurma dan buah-buahan yang lain sebelum makan juadah yang disediakan.

Di Malaysia, pengisytiharan pengumuman bermulanya Ramadan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu setelah beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam di negara itu.

Indonesia, negara majoriti Muslim terbesar di dunia pula mempunyai tradisi yang dipanggil ‘Nyekar’ di mana anggota keluarga mengunjungi kubur orang yang disayangi menjelang Ramadan untuk menawarkan doa dan berkat Tuhan.

"Kita perlu mengekalkan tradisi lama ini kerana tidak ada negara lain yang memilikinya. Kalau tidak kita, siapa lagi," kata suri rumah Marita Sari kepada BeritaBenar.

Ami Afriatni, Afriadi Hikmal di Jakarta; Nurdin Hasan di Banda Aceh, Indonesia; S.Mahfuz di Putrajaya, Malaysia; Mariyam Ahmad di Pattani; Mahatari di Narathiwat, Thailand; Megh Monir di Dhaka, dan Jeoffrey Maitem di Maguindanao, Filipina menyumbang kepada laporan ini.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.