Cahaya Suram Sambut Deepavali Semasa COVID-19

S. Mahfuz
2020.11.12
Kuala Lumpur, Malaysia
201112-MY-SS-Deepavali01.jpg

201112-MY-SS-Deepavali02.jpg

201112-MY-SS-Deepavali03.jpg

201112-MY-SS-Deepavali04.jpg

201112-MY-SS-Deepavali05.jpg

201112-MY-SS-Deepavali06.jpg

Peniaga di Brickfields, Kuala Lumpur rata-rata mengeluh tidak ramai pengunjung untuk datang membeli belah di kawasan yang sangat terkenal dengan panggil ‘Little India’ itu bagi menyambut perayaan Deepavali masyarakat India di Malaysia pada Sabtu.

Bukan sahaja bilang pengunjung menurun, malah kuasa memberi juga terhad dan ramai tidak mahu bebelanja lebih semasa negara itu dan dunia dilanda pandemik COVID-19, selain Putrajaya mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas berlakunya peningkatan jangkitan koronavirus dalam gelombang ketiga.

Tinjauan BeritaBenar mendapati kawasan ‘Little India’ yang sebelum ini akan dipenuhi orang terutamanya seminggu sebelum sambutan sedikit lengang dan hiasan di sekitar kawasan itu juga tidak semeriah selalu.

“Pendapatan restoran saya yang menjual hiasan Bunga Malai dan maruku susut sehingga 70 peratus tahun ini sehingga saya terpaksa menurunkan harga semurah mungkin bagi mengelak daripada mengalami kerugian,” kata Agkoos Sivaligam, 38 yang telah mengusahakan kedainya itu sejak tiga lalu.

Prakash Nathan, 33 seorang peniaga manisan di kawasan itu berharap agar Belanjawan 2021 yang diumumkan kerajaan dapat membantu golongan peniaga kecil dan sederhana untuk terus dapat bertahan dalam keadaan yang tidak menentu sekarang ini.

“Hasil jualan sememangnya susut tahun ini disebabkan COVID-19,” tambah beliau.

Pelanggan sebuah kedai di Brickfields yang dikenali sebagai Gunasegaran pula berkata, beliau terpaksa memotong perbelanjaan untuk perayaan kali ini daripada RM1800 kepada hanya RM500, sebagai langkah berjimat dan tidak akan pulang ke kampung halamannya di Johor kerana kerajaan tidak membenarkan rentas sempadan semasa PKPB.

Mogan Raj yang ditemui berkata, “Perayaan Deepavali kali ini menuntut kita semua untuk besederhana dan mengukuhkan ikatan kekeluargaan, kerana ramai orang susah, jadi kita mesti membantu mereka terutamanya keluarga dan tidak pentingkan diri sendiri”


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.