Orang Laut Seletar Negeri Johor Tidak Lagi Bergantung Kepada Hasil Laut

S. Mahfuz
2018.03.27
Johor Bahru, Malaysia
180327-MY-Seletar01-620.jpg

Orang Seletar menjual hasil laut di jeti Setulang Laut, Johor Bahru. Mereka menjual sendiri hasil laut dan tidak menggunakan orang tengah, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar02-620.jpg

Orang tua Seletar sedang membaiki jaring menangkap ikan di kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar03-620.jpg

Pemandangan dari udara di sebuah kampung suku kaum Seletar yang terletak di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor. Kelihatan pelabuhan Singapura tidak jauh dari kampung tersebut, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar].

180327-MY-Seletar04-620.jpg

Kaum wanita suku Seletar semasa sedang mengopek kupang di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar05-620.jpg

Wajah kanak-kanak keturunan Seletar di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar06-620.jpg

Rumah suku Seletar yang terletak di pesisiran pantai dan mengadap laut di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor. Dapat dilihat ialah Pelabuhan Singapura, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar07-620.jpg

Sebuah keluarga suku Seletar sedang berehat di bahagian dapur rumah mereka yang menghadap laut di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar08-620.jpg

Seorang lelaki dari masyarakat Seletar sedang menangkap udang kertas menggunakan penangguk di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar09-620.jpg

Lelaki suku Seletar ini berupaya menahan nafas hampir 5 minit di dalam air tanpa menggunakan sebarang peralatan untuk menangkap hidupan laut seperti siput dan ketam di perairan Sungai Melayu, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar10-620.jpg

Kupang yang diternak oleh pengusaha dari keturunan Seletar di rumah rakit berhampiran Kampung Sungai Temon, Teluk Danga, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar11-620.jpg

Seorang penternak kupang dari keturunan Seletar memeriksa kupang-kupangnya di rumah rakit berhampiran Kampung Sungai Temon, Teluk Danga, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar12-620.jpg

Sekumpulan lelaki suku Seletar sedang mencari dan menangkap biawak air di Sungai Melayu, Johor Bahru, Johor. yang merupakan antara sumber protein penting kepada masyarakat tersebut. 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar13-620.jpg

Remaja Seletar berkemahiran membaiki bot sendiri di Kampung Teluk Jawa, Masai, Johor, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

180327-MY-Seletar14-620.jpg

Seorang kanak-kanak perempuan Seletar sedang membaca buku di Tadika Kemas di Kampung Sungai Temon, Teluk Danga yang disediakan oleh kerajaan Malaysia, 7 Januari, 2018. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

Masyarakat Seletar, Orang Laut yang tinggal di dalam sampan panjang dan hidup secara nomad di selatan negeri Johor, tidak lagi bergantung kepada hanya hasil laut untuk menyara kehidupan mereka, dengan peredaran zaman yang kini pesat membangun.

Orang Laut Seletar dipercayai berasal dari Pulau Seletar dan Seletar, di Singapura dan merupakan penduduk pribumi Singapura dan antara yang terawal menetap di pulau yang pernah dikenali sebagai Temasik suatu ketika dahulu.

Suku Seletar yang suka berpindah randah kerana bergantung kepada hasil laut itu, kini telah memiliki perkampungan sendiri di kawasan tepi laut di sekitar Kampung Bakar Batu, Johor Bahru dan kerajaan Malaysia telah mengkategorikan suku itu sebagai sebahagian daripada kaum Orang Asli yang terdapat di negara berkenaan dengan kehidupan yang lebih teratur.

Walaupun secara tradisinya, suku kaum Seletar bergantung kepada hasil laut tetapi perubahan sosio ekonomi telah merubah cara hidup mereka dengan ramai yang bekerja di kilang perindustrian atau mengusahakan kedai makanan laut.

Mereka tidak lagi mengamalkan cara tradisi untuk menangkap ikan, sebaliknya menggunakan peralatan moden dan purata anak suku Seletar yang bersekolah juga semakin tinggi, kerana memiliki kesedaran pentingnya ilmu pendidikan untuk generasi masa akan datang.

Tetapi yang membimbangkan suku kaum itu ialah kampung mereka dihimpit arus pembangunan sehingga maksan masyarakat Seletar dipindahkan ketempat lain untuk memberi ruang kepada projek pembangunan berhampiran kampung mereka.

"Pembangunan yang pesat mengakibatkan orang asli seletar tidak lagi bergantung kepada hasil laut. Yang menjadi masalah kini ialah pembangunan sekitar persisiran Johor yang amat pesat seperti di Danga Bay, Gelang Patah dan pesisir Sungai Johor mengakibatkan kami semakin terhimpit. Kami khuatir hilang budaya dan jatidiri kami. Laut itu kami, kami itulah juga laut,” kata Jefri, 30, seorang lelaki dari suku Seletar yang juga pengusaha restoran makanan laut di jeti Kampung Sungai Temon kepada BeritaBenar.

Suku kaum ini mengamalkan kepercayaan animisme dan ada juga yang telah menganut agama Islam tetapi jumlahnya sangat kecil.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.