Follow us

Pasukan Beruniform Malaysia Tunaikan Tanggungjawab Undi Awal

S. Mahfuz
Kuala Lumpur, Malaysia
2018-05-07
E-mel
Komen
Share

Hampir 300,000 anggota polis, pasukan petugas khas dan angkatan tentera serta pasangan mereka menunaikan tanggungjawab mereka pada pengundian awal pilihan raya umum ke-14 Malaysia yang diadakan pada Sabtu, 5 Mei.

Dalam kenyataan kepada media pada hujung minggu lalu, pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Mohd Hashim Abdullah berkata, seramai 278,590 daripada 300,255 pengundi awal yang berdaftar akan mengundi pada Sabtu manakala bakinya seramai 21,665 orang akan mengundi secara pos.

Sejumlah 910 saluran dibuka di 586 pusat mengundi di seluruh negara bagi pengundian awal itu yang melibatkan 6,376 pegawai pilihan raya.

Mohd Hashim juga berkata, undi hanya akan dikira bermula 4 petang pada 9 Mei di pusat-pusat pengiraan undi yang ditetapkan oleh SPR.

"Sehingga itu, ia akan disimpan dengan selamat dalam lokap polis. Pengiraan undi akan dibuat dengan disaksikan oleh setiap ejen calon bertanding,"kata Mohd Hashim.

Lihat Laman Penuh