Malaysia 2020: Langkah Sheraton Bawa Perubahan Mengejut di Putrajaya

Nani Yusof
2020.12.30
Washington
01

Sebahagian pemandangan Ibunegara Kuala Lumpur dan pelita minyak tanah yang disusun dengan perkataan “Raya KL Je..” dari kuarters Jabatan Kerja Raya di Sungai Besi, Kuala Lumpur, 20 Mei 2020. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-02Yearend.jpg

Kereta rasmi Perdana Menteri Mahathir Mohamad memasuki Istana Negara untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah, di Kuala Lumpur 24 Februari 2020.[S. Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-03Yearend.jpg

Persiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim semasa bercakap pada sidang media mengumumkan pencalonannya sebagai calon perdana menteri di Petaling Jaya, Selangor, 26 Februari 2020. [S.Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-04Yearend.jpg

Muhyiddin Yassin melambai sebelum menuju ke Istana Negara di Kuala Lumpur untuk mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8, di Damansara, Kuala Lumpur, 1 Mac 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-05Yearend.jpg

Inspektor Kesihatan Shahir Razali mendukung warga emas yang tidak boleh berjalan, ditemani rakannya Mastura Maznor ke tempat ujian saringan COVID-19 di Pasar Pudu, Kuala Lumpur, 5 Mei 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-06Yearend.jpg

Rak hampir kosong apabila orang ramai bergegas ke pasar raya untuk membeli keperluan harian selepas pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, 16 Mac 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-07Yearend.jpg

Hanya 50 jemaah dibenarkan dan perlu mematuhi penjarakkan sosial semasa menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, 12 Jun 2020.[S.Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-09Yearend.jpg

Bekas Perdana Menteri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pelbagai kesalahan rasuah melibatkan skandal kewangan 1MDB, 28 Julai 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-08Yearend.jpg

Malaysia mengusir rakyat Bangladesh, Md Rayhan Kabir dan bersedia berlepas pulang, di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Malaysia, 21 Ogos 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-10Yearend.jpg

Seorang pekerja asing menaiki tangga ke penginapannya di sebuah kontena di fasiliti pekerja milik sebuah kilang sarung tangan getah di Batu 13 Cheras, Kajang, Selangor, 21 Disember 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

201224-MY-SS-11Yearend.jpg

Santa Claus memakai pelindung muka lutsinar semasa menghiburkan kanak-kanak dalam suasana pandemik COVID-19 di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur, 10 Disember 2020. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Tahun 2020 menyaksikan pelbagai perubahan kepada rakyat Malaysia, pentadbiran Putrajaya beralih kerajaan, rakyat Malaysia berkurung dalam rumah apabila kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan kerana penularan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, bekas perdana menteri dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah sehinggalah penolakan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong.

Bermula Februari lagi dan dikala beberapa negara sedang berdepan dengan pandemik koronavirus, Malaysia menyaksikan drama politik yang luar biasa apabila Perdana Menteri Mahathir Mohamad, 93, pemimpin tertua dunia yang baru 22 bulan memerintah Malaysia untuk kali kedua bersama gabungan Pakatan Harapan telah mengumumkan perletakkan jawatan.

Pengumuman itu rentetan daripada krisis politik berhubung peralihan kuasa antara beliau dan Anwar Ibrahim yang dilihat seperti retak menanti belah sehingga membawa kepada tercetusnya 'Langkah Sheraton' pada 23 Februari.

Krisis itu turut memberi tempias kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Shah, di mana baginda yang mahu berlaku adil sebagai ketua negara telah memanggil bersemuka dengan Ahli-ahli Parlimen dan pemimpin utama parti ke Istana Negara, satu perkara yang sangat jarang sekali berlaku sebelum ini ketika baginda mahu membuat keputusan berhubung perlantikan Perdana Menteri baharu.

Majlis Raja-Raja juga terpaksa bersidang beberapa kali berhubung krisis politik tersebut termasuk apabila Muhyiddin Yassin yang dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu memohon perkenan baginda bagi mengisytiharkan darurat.

Muhyiddin yang membentuk kerajaan gabungan atas persepakatan antara Ahli Parlimen UMNO, PAS, MCA, MIC dan parti dari Sabah dan Sarawak teramsuk serpihan yang mempunyai perbezaan ideologi itu memiliki majoriti yang sangat nipis di Parlimen dan pentadbiran beliau telah beberapa kali diuji termasuk menerima kira-kira 25 usul undi tidak percaya di Parlimen.

Pernah dipecat daripada UMNO semasa pentadbiran Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah atas kesalahan rasuah, Muhyiddin mentadbir Malaysia melalui kerajaan yang tidak dipilih rakyat semasa dunia dilanda pandemik COVID-19 yang dilihat memberi masa tambahan untuk terus berada di Putrajaya, kerana keutamaan adalah untuk menyelamatkan nyawa.

Malaysia kini berada dalam gelombang ketiga pandemik dengan kira-kira lebih 110,485 kes jangkitan dan seramai 463 kematian dilaporkan sejak negara dilanda koronavirus, awal tahun ini.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.