Tahun Monyet 'Emas' Sudah Tiba


2016.02.08
1-lion-dance.jpg

Akrobat tarian singa menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, di Siam Paragon Mall di Bangkok, 7 Februari, 2016. [BeritaBenar]

2-indonesia-lion-dance.jpg

Seorang kanak-kanak meletakkan sampul surat yang mengandungi wang ke dalam mulut singa (menari singa) semasa pertunjukan di Amurva Bhumi Vihara, di Karet, Jakarta Selatan, 7 Februari 2016. [BeritaBenar]

3-drummer.jpg

Pemain gendang tradisional Cina sedang beraksi di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, 7 Februari, 2016. [BeritaBenar]

4-vendor.jpg

Penjaja jalanan di Thailand menawarkan azimat nasib kepada pelanggan, 7 Februari 2016. [BeritaBenar]

5-tourists.jpg

Pelancong mengambil gambar pada paparan sambutan perayaan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, 7 Februari 2016. [BeritaBenar]

6-prayer.jpg

Sami Buddha memimpin sembahyang di sebuah kuil di Bangkok, 7 Februari 2016. [BeritaBenar]

7-candle.jpg

Sami Buddha memimpin sembahyang di sebuah kuil di Bangkok, 7 Februari 2016. [BeritaBenar]

8-meal.jpg

Yee Sang adalah hidangan tradisional masyarakat Cina di Malaysia setiap kali menyambut Tahun Baru Cina, 7 Februari 2016. [BeritaBenar]

9-family.jpg

Sebuah keluarga Cina di Kuala Lumpur berkongsi mengaul Yee Sang pada makan malam besar bersama keluarga, antara lambang sebagai kurniaan kesejahteraan yang berlimpah bagi tahun baru, 7 Februari 2016. [BeritaBenar]

10-crowd.jpg

Orang ramai bersesak bersebelahan dengan pintu kuil Dharma Sakti Vihara di Glodok, Jakarta Pusat, di mana etnik Cina sering memberikan ‘angpao’, sampul wang bewarna merah semasa sambutan Tahun Baru Cina, 8 Febuari 2016. [BeritaBenar]

Cina purba meraikan "Festival Musim Bunga" lebih beribu tahun terdahulu, sebelum ia dikenali sebagai Tahun Baru Cina.

Sambutan itu biasanya dirayakan selama tiga hari. Di Asia Tenggara, masyarakat Cina dan bukan Cina akan turut sama beramai-ramai menyambut kedatangan Tahun Monyet.

Di Thailand, lebih daripada 9 juta rakyat berketurunan Cina yang telah berhijrah ke negara Siam hampir tiga abad yang lalu itu, menyambut warisan budaya mereka di seluruh negara, bermula pada Feb 7.

Masyarakat Cina yang paling popular di Thailand berada dalam kejiranan Yaowaraj Bangkok (yang dipanggil bandar China), di mana pencinta makanan boleh menikmati pelbagai masakan masyarakat Cina.

Puteri Raja Thai, Sirindhorn adalah antara tetamu masyarakat Cina setiap kali sambutan tahun baru lunar dirayakan di negara itu. Puteri itu akan merasmikan sambutan Pesta Tahun Baru Yaowaraj setiap tahun dan bagi tahun ini, yang kebetulan perayaan itu turut disambut bersama dengan  sambutan 40 tahun hubungan Thailand dengan China.

Di Malaysia, keluarga dari minoriti etnik Cina akan berkumpul dan berkongsi menjamah Yee Sang, hidangan tradisional yang dihidangkan setiap kali sambutan perayaan itu.

Dan di Indonesia, etnik Cina berpusu-pusu ke Kuil Jin De Yuan, yang dikenali sebagai Dharma Sakti Vihara, di Glodok, Jakarta Pusat. Kuil Dharma Sakti Vihara adalah sebuah kuil tertua di Jakarta dengan menarik ramai penganut dan pelancong mengunjunginya.

Walaupun kebakaran telah merosakan kuil yang wujud sejak pertengahan abad ke-17 pada Mac lalu, namum penganut tetap teruja untuk menghadiri sambutan perayaan di kuil berkenaan selain orang rami berkumpul di luar menunggu untuk mendapatkan ‘angpao’, sampul wang berwarna merah, diberikan sebagai hadiah serta merupakan sebahagian daripada tradisi tahun baru mereka.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.