Pulau Pinang Terkenal Dengan Industri Buah Pala

2015.12.31
pala4.jpg

Biji dan kulit dalaman buah pala. [BeritaBenar]

pala1.jpg

Memetik buah pala dari pohonnya. [BeritaBenar]

pala3.jpg

Proses menghiris buah pala yang masih dilakukan secara tradisi tanpa menggunakan mesin. [BeritaBenar]

pala2.jpg

Proses menghiris buah pala. [BeritaBenar]

pala10.jpg

Isi buah pala dijerukkan dalam pasu besar. [BeritaBenar]

pala6.jpg

Bungkusan jeruk buah pala sedia untuk dijual. [BeritaBenar]

pala7.jpg

Biji dan kulit dalam buah pala yang sudah dijemur. Masyarakat Cina percaya selain buah, biji dan kulit dalam buah pala baik untuk kesihatan. [BeritaBenar]

pala9.jpg

Antara produk lain yang dihasilkan dari buah pala selain jeruk. [BeritaBenar]

Pulau Pinang dan keluaran produk buah palanya sememangnya sangat sinomim bagi negeri itu.

Industri buah pala di negeri itu telah berkembang pesat dan mengikut sejak tanaman buah pala telah pun wujud sejak zaman penjajah lagi.

Dari sebiji buah pala, pelbagai produk dapat dihasilkan, selain jeruk, buah pala juga boleh dibuat minyak angin, bam dan sirap malah kulit dalamannya boleh menghasilkan produk kosmetik manakala bijinya dibuat serbuk dan banyak digunakan dalam masakan.

Chang Kun Mim bukanlah nama asing di Pulau Pinang kerana beliau adalah ahli perniagaan buah pala yang terkemuka di negeri utara Malaysia.

Selain itu, beliau memiliki kilang buah pala yang paling lama beroperasi di negara ini.

Produk buah palanya yang menggunakan jenama "Ghee Hup"  sentiasa menjadi  pilihan cenderahati popular dalam kalangan pelancong yang melawat negara ini.

Kejayaan Chang, 72, membuka Kilang Buah Pala Ghee Hup di Sungai Pinang, Balik Pulau sejak lebih 40 tahun lalu adalah berkat kesabaran dan kegigihannya memajukan lagi perniagaan keluarganya.

Ketika berusia 16 tahun, Kun Mim berkata beliau membantu bapanya Chang Sun Min membeli buah pala daripada penduduk di kawasan itu untuk dijual kepada sebuah kilang buah pala namun pendapatan mereka tidak seberapa.

“Ini mendorong saya mengeluarkan jeruk buah pala sendiri secara komersil kira-kira 10 tahun kemudian,” katanya ke BeritaBenar.

Selepas beberapa cubaan, keluarga beliau akhirnya menghasilkan resipi terbaik jeruk buah pala .

Dan bermulalah perusahaan jeruk buah pala keluarga Kun Mim di rumah sewa mereka di Pekan Sungai Pinang, dengan memasarkannya di sekitar Balik Pulau.

Menurut Kun Mim, cara membuat jeruk buah pala bukanlah mudah kerana melalui beberapa proses namun, tekonologi moden memudahkan proses itu dijalankan dengan cepat dan bersih.

Antaranya ialah isi dan kulit pala yang dijemur perlu dicampurkan dengan air gula sebelum dijerukkan di dalam pasu besar selama seminggu. Selepas itu, barulah ia boleh dibungkus.

Kun Mim berkata selain isi dan kulitnya dijadikan jeruk dan halwa (manisan), biji buah pala pula boleh dikukus selama beberapa jam untuk menghasilkan minyak angin, salap atau balm.

Buah pala diketahui kaya dengan potassium, kalsium, fosforus, lemak, protin dan karbohidrat yang berkesan bagi mengubati sakit kepala, masalah bau mulut, gatal selain menipiskan jeragat.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.