Follow us

Masyarakat Tamil Malaysia Sambut Thaipusam

By Amir Hadi Azmi
2016-01-29
E-mel
Komen
Share

Ledakan warna warni mewarnai kehidupan di penghujung utara kota Kuala Lumpur awal bulan ini apabila etnik minoriti Tamil di Malaysia menyambut Thaipusam, perayaan keagamaan bagi memperingati kekalahan syaitan Soorapadman di tangan Dewa Murugan, dewa perang Hindu.

Thaipusam bermula dengan perarakan malam pada 23 Januari,  yang menampilkan pedati perak membawa patung Dewa Murugan menuju ke Batu Caves,  tapak suci bagi penganut agama Hindu, di pinggir ibu negara Malaysia. Patung dewa itu  ditempatkan di Kuil Sri Maha Mariamman di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Batu Caves, di mana perayaan itu disambut sejak 1892, merupakan bukit batu kapur  yang terletak  17  kilometer (10.5 batu)  ke utara bandar raya itu. Gua, yang terletak di sebelah patung gergasi Dewa Murugan, boleh dimasuki dengan menaiki  272 anak tangga.

Kemuncak utama festival itu adalah Kavadi Attam (Tarian Beban), di mana penganut yang bernazar atau memohon keampunan membawa atau menjunjungnya di  atas bahu atau kepala mereka sambil berarak menuju ke kuil gua itu. Nazar yang paling mudah ialah dengan menawarkan sebelanga susu, tetapi beberapa penganut menghukum diri mereka dengan mencucuk pipi dan belakang badan dengan lidi atau cangkuk sambil sambil membawa kavadi itu pada bahu mereka.

Sebagai persediaan membawa atau menjunjung Kavadi Attam, penganut Hindu perlua melalui  latihan fizikal dan pembersihan rohani selama 48 hari. Ini termasuk pemakanan sayur-sayuran sahaja selain menahan nafsu seks.

Sesetengah penganut berjalan lebih 10 jam dari negara-negara jiran untuk mengambil bahagian dalam sambutan itu di kawasan Kuala Lumpur. Di negeri-negeri lain yang lebih jauh, anggota masyarakat Tamil mengadakan sambutan Thaipusam dalam skala yang kecil.

Komen (0)
Share
Lihat Laman Penuh