'Pertandingan gusti'

Rebel Pepper
Washington
2020-10-30
Share
201030-US-CH-wrestle-cartoon-1000.jpg
[Rebel Pepper/RFA]

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo menggunakan lawatannya ke Asia sebagai medan untuk mengecam China berhubung layanannya terhadap umat Islam Uyghur serta perluasan ketenteraannya di Laut China Selatan, yang merupakan serangan terbaru dalam pertikaian raksasa antara Washington dan Beijing - mengenai perdagangan dan teknologi, pengendalian pandemik COVID-19, autonomi Hong Kong dan Taiwan serta hak asasi manusia - yang menyaksikan hubungan dua hala itu mencapai tahap paling buruk sejak empat dekad lalu.

Presiden China Xi Jinping pula menggambarkan AS sebagai mengamalkan "unilateralisme, fahaman perlindungan dan egoisme yang melampau" dalam ucapannya yang mengkritik negara itu baru-baru ini.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.