BenarNews lancar logo baharu dan perbaharui laman sesawang

2022.05.14
Share on WhatsApp
Share on WhatsApp
BenarNews lancar logo baharu dan perbaharui laman sesawang
[BenarNews]

Pembaca yang dihormati,

Ketika BenarNews melangkahkan kaki memasuki tahun kelapannya, kami amat teruja untuk memperkenal logo dan laman sesawang yang baharu serta lebih segar.

Simbol burung yang menghiasi laman BenarNews sejak pelancarannya pada Mac 2015 kini lebih bergaya dan kelihatan seperti terbang semakin tinggi, mungkin terapung-apung di udara, di depan matahari.

Seekor burung boleh menjadi simbol banyak perkara: keamanan, kebebasan, utusan, sebuah wilayah maritim, jika dilihat dari atas, keupayaan untuk mmerentasi sempadan. Matahari adalah sumber kehangatan dan cahaya.

Kesemua idea ini mencerminkan misi kami untuk membawa berita yang jelas dan tepat ke negara yang bersempadan dengan Laut China Selatan, Teluk Thailand dan Teluk Benggala – dan kepercayaan kami bahawa “Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.” (Perkara 19 Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat)

Laman sesawang baharu kami menawarkan kandungan BenarNews yang ditambah baik dan struktur halamannya yang diperbaharui dengan navigasi lebih mudah direka untuk menarik lebih banyak pembaca dan penonton, dalam memberikan pengunjung pengalaman lebih baik dan menyeronokkan.

Wartawan dan editor BenarNews komited untuk memberikan maklumat kepada audiens melalui laporan berdasarkan fakta dan bebas dengan standard kewartawanan paling tinggi. Kami berhasrat untuk memberikan penjelasan, membongkar berita yang pihak lain terlepas pandang atau sembunyikan, dan mengetengahkan isu yang mampu membentuk masa depan Asia.

Kami hargai sokongan, anda, kami alu-alukan maklum balas anda dan kami harap anda akan menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.

Kate Beddall, Editor Pengurusan

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.