Follow us

Pewaris Kilang Kopi Sedia Perturun Ilmu Buat Serbuk Kopi Tradisional

S. Mahfuz
Kuala Lumpur, Malaysia
2020-09-15
E-mel
Komen
Share

Pewaris ketiga sebuah kilang kopi yang telah beroperasi lebih 50 tahun bersedia untuk menurunkan ilmu kepada mereka yang mahu mendalami cara menyediakan serbuk kopi secara tradisional bermula dari proses mengenalpasti biji kopi sehingga menjadi serbuk, demikian menurut pemiliknya Tan Loon Chuan kepada BeritaBenar pada Selasa.

Kilang Kopi Chuan Hoe terletak di Jalan Kampung Jawa, di Klang, Selangor mengeluarkan serbuk kopi secara tradisional, dengan menggunakan kayu sebagai bahan bakar telah menyatakan kesediaan memperturunkan ilmu kepada sesiapa yang ingin belajar.

Tan Loon Chuan, 63 semasa ditemui BeritaBenar di kilangnya itu berkata, cara penyediaan serbuk kopi secara tradisional sudah dilupakan oleh generasi masih kini kerana mereka lebih mengemari kopi segera.

“Jika ada sesiapa yang mahu belajar cara membuat serbuk kopi, datanglah ke kilang saya… Saya sedia mengajar cara penyediaan serbuk kopi bermula daripada bijinya kerana jika tidak cara tradisional ini akan hilang.

“Budak-budak sekarang tak mahu kerja payah macam ini, dan lebih suka menggunakan peralatan moden," kata Tan sambil menambah kepakaran membuat serbuk kopi secara tradisional semakin pupus dan jika ilmu itu tidak diperturunkan, maka tidak ada lagi kilang serbuk kopi tradisional di Malaysia.

Beliau berkata penyediaan serbuk kopi cara lama menggunakan kayu sebagai bahan bakar sebenarnya menghasilkan kopi dengan aroma dan rasa yang berbeza berbanding diproses secara moden.

“Proses memanggang, menggoreng dan menggaul biji kopi dengan gula dan majerin adalah proses yang paling mencabar dan sukar kerana ia memerlukan kepakaran tentang penjagaan masa dan suhu bagi menentukan rasa dan aroma kopi yang sedap,” tambah Tan.

Menurut Tan, sumber bekalan biji kopi diperolehi daripada pembekal tempatan dan luar negara dengan terdiri daripada Arabica yang dibeli daripada Colombia, Amerika Selatan, Lampung (Indonesia) dan jenis Liberica, biji kopi tempatan.

Anak lelakinya Tan Meng Loon, 30an telah diberi tanggungjawab menjaga bahagian pemasaran termasuk secara online dari kilangnya itu.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmin, 32 memberitahu BeritaBenar yang beliau sanggup datang daripada Serdang ke Klang semata-mata mahu membeli serbuk kopi daripada kilang Kopi Chuan Hoe kerana katanya “aroma dan rasa serbuk kopi keluaran kilang Chuan Hoe adalah unik dan sedap.”

Komen (0)
Share
Lihat Laman Penuh